Kerjaya kelab Mauro_Icardi

Kerjaya awal

Icardi telah dilahirkan di Rosario, Argentina dan beliau berpindah ke Kepulauan Canary di Sepanyol semasa beliau berusia 6 tahun. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya di Vecindario di Gran Canaria dan beliau hampir menjaringkan 500 gol dalam kategori remaja.

Pada 2007, beliau menjadi rebutan kelab Barcelona dan Real Madrid selepas tawaran dari kelab Valencia, Sevilla, Espanyol, Deportivo La Coruña, Arsenal dan Liverpool ditolak. Barcelona berjaya mengikat Icardi dan menandatanganinya dalam kontrak sehingga tahun 2013.[1]

Icardi sertai kelab Catalan itu pada permulaan musim 2008-09 dan beliau memasuki pasukan bawah-17. Beliau menyertai pasukan bawah-19 pada musim berikutnya sebelum dipinjamkan ke Sampdoria pada Januari 2011. Icardi kemudian menyatakan meninggalkan Barcelona bukannya keputusan yang teruk dan beliau membuat keputusan untuk berpindah dari kelab Catalan itu.[2]

Sampdoria

Pada 11 Januari 2011, Sampdoria mengesahkan bahawa Icardi telah menandatangani kontrak baharu.[3] Sampdoria kemudian mengikat Icardi sebanyak 400 ribu euro pada Julai 2011 dan Icardi menandatangani kontrak tiga tahun.[4][5]

Pada 12 Mei 2012, beliau membuat debut untuk Sampdoria pada perlawanan menentang Juve Stabia selepas menggantikan Bruno Fornaroli pada minit ke-75 perlawanan. 10 minit kemudian, Icardi menjaringkan gol pertamanya untuk membantu Sampdoria menang 2-1.[6]

Icardi bersama Sampdoria.

Pada 26 September 2012, beliau membuat debut di Serie A untuk Sampdoria ketika menentang Roma. Beliau mengggantikan Marcelo Estigarribia pada minit ke-49.[7] Pada 12 November, Icardi menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika menentang Genoa dan Sampdoria menang 2-1.[8] Pada 6 Januari 2013, beliau menjaringkan dua gol ketika menentang Juventus dan akhirnya Sampdoria menang 2-1 di tempat lawan.[9] Pada 27 Januari 2013, beliau menjaringkan empat gol untuk membantu pasukannya membelasah pasukan Pescara, 6-0 dan memberikan kelebihan kepada Sampdoria daripada zon penyingkiran.[10] Pada 18 Mei, ketika perlawanan terakhir musim musim 2012–13, Icardi menjaringkan gol sekali lagi ketika menentang Juventus dan Sampdoria berjaya sekali lagi menewaskan juara Itali itu, 3-2 di laman sendiri.[11]

Inter

Pada lewat April, Inter Milan mengumumkan Icardi akan sertai kelab itu sebelum musim 2013–14. Icardi diikat Inter dengan bayaran sekitar 11.7 juta euro.[12] Rundingan itu kemudian disahkan oleh Sampdoria.[13] Icardi secara rasminya menjadi pemain Inter pada 16 Julai bersama penyerang Algeria, Ishak Belfodil.[14] Icardi berkata perpindahan ke Inter ibarat "impian menjadi kenyataan",[15] dan tambahnya lagi, "saya dapat menerima banyak tawaran, tetapi saya tetap memilih Inter".[16]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Inter pada perlawanan persahabatan pramusim menentang kelab Jerman, Hamburger SV.[17]

Musim 2013–14

Pada 25 Ogos 2013, Icardi membuat debut rasmi untuk Inter sebagai pemain gantian pada perlawanan liga menentang Genoa, Inter menang 2-0.[18] Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 14 September ketika beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73 menentang Juentus di San Siro.[19]

Akibat mengalami kecederaan, Icardi banyak terlepas perlawanan pada separuh pertama musim[20] dan beliau kembali ke pasukan pada bulan Februari 2014. Pada 14 Februari 2014, Icardi kembali selepas empat bulan bergelut kecederaan pada perlawanan menentang Fiorentina. Icardi menjaringkan gol kemenangan selepas 10 minit masuk ke padang.[21] Beliau kemudian bertembung dengan kelab lamanya, Sampdoria.[22] Sebelum perlawanan bermula, beliau dicemuh oleh penyokong lawan tetapi beliau membuatkan penyokong terdiam pada minit ke-13, apabila beliau menjaringkan gol hasil hantaran Palacio.[23]

Pada 10 Mei 2014, Javier Zanetti bermain untuk perlawanan kali terakhirnya di San Siro menentang Lazio dan Inter menang 4-1 untuk menempah slot ke pusingan play-off Liga Europa musim hadapan. Icardi menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-37 selepas hantaran baik oleh Kovačić dan kemudian Icardi meraikan golnya bersama Zanetti.[24] Beliau menamatkan musim 2013-14 dengan bermain 23 perlawanan semua kejohanan dan beliau telah menjaringkan 9 gol dan secara puratanya beliau menjaringkan satu gol setiap 145 minit.

2014–15

Icardi bermain untuk Inter pada 2014

Pada 20 Ogos 2014, Icardi menjaringkan gol pertamanya pada musim ini ketika menentang kelab Iceland, Stjarnan pada perlawanan pertama pusingan play-off Liga Europa, Inter menang 3-0.[25] Gol ini merupakan gol pertama Icardi dalam perlawanan Eropah pertamanya. Pada perlawanan timbang balik, beliau menjadi pemain gantian menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 6-0 di San Siro dengan agregat 9-0.[26]

Ketika perlawanan kedua liga pada 15 Septemer, beliau menjaringkan hatrik pertamanya di Serie A dengan membelasah Sassuolo 7-0.[27] 10 hari kemudian, Icardi mengalami kecedeaan pada minit ke-24 perlawanan ketika menentang Atalanta dan perlawanan berkesudahan Inter menang 2-0.[28] Pada 26 Oktober, Icardi kembali semula dan menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Cesena di tempat lawan.[29] Beliau sekali lagi menjaringkan penalti pada minit ke-90 menentang Sampdoria.[30]

Pada 9 November, Icardi menjaringkan dua gol selepas dua hantaran oleh Palacio berhasil pada perlawanan seri 2-2 menentang Hellas Verona di San Siro.[31] Keputusan seri ini menyebabkan pemecatan jurulatih Walter Mazzarri dan digantikan oleh pengurus lama Inter, Roberto Mancini.[32] Pada 6 Januari tahun berikutnya, Icardi menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika seri 1-1 bertemu Juventus di tempat lawan.[33] Ketika perlawanan, Icardi mengahadapi konflik dengan rakan sepasukan, Pablo Osvaldo yang marah kepadanya selepas Icardi hendak cuba menyepak ke arah gawang lawan namun sebaliknya membuat hantaran kepada rakan lain yang berada di posisi lebih baik untuk menjaringkan gol.[34] Akibat peristiwa ini, Osvaldo meninggalkan Inter pada penghujung Januari.[35]

Pada perlawanan menentang Sassuolo, Inter tewas 1-3 dan Icardi menjaringkan gol tunggal pasukannya selepas kesilapan di barisan Sassuolo. Selepas perlawanan itu, beliau bersama Fredy Guarín mengahadapi konflik dengan peminat di Stadium Mapei. Peminat meluhakan rasa hina kepada Icadi dan Guarin.[36] Pada 7 Februari, Icardi menjaringkan dua gol ketika menentang Palermo namun beliau tidak meraikan golnya, Inter menang 3-0.[37] Selepas perlawanan, Icardi memberitahu media bahawa alasan beliau tidak meraikan golnya adalah kerana bukan konflik dengan peminat namun gagal untuk mencari jalan untuk memperbaharui kontrak dengan direktor kelab. Beliau kemudian dikritik oleh Mancini oleh kerana tidak raikan.[38]

Pada 11 April, Icardi menjaringkan gol untuk menang 3-0 ke atas Hellas Verona di tempat lawan dan membantu Inter untuk menang buat kali pertama selepas enam perlawanan berturut-turut.[39] Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan terakhir musim dengan menang 4-3 ke atas Empoli dan menamatkan musim ini dengan menjadi Capocannoniere iaitu penjaring terbanyak Serie A bersama 22 gol dan anugerah ini dikongsi bintang Hellas Verona, Luca Toni.[40] Walaupun Inter gagal untuk layak ke kejohanan Eropah buat pertama kali sejak 1999, aksi Icardi menjadi tarikan kelab luar, walau bagaimanapun beliau menandatangani kontrak baru iaitu selama empat tahun pada penghujung musim.[41]

2015–16: Kapten

Sebelum bermulanya musim 2015-16, Inter mmengumumkan Icardi sebagai kapten pasukan yang baharu selepas menggantikan Andrea Ranocchia yang kehilangan status kapten akibat aksi hambar pada musim 2014-15.[42] Pada perlawanan pertamanya sebagai ketua pasukan, beliau digantikan oleh Stevan Jovetić selepas 15 minit, yang menjaringkan gol kemenangan pada tiga minit masa tambahan.[43] Selepas penelitian, Icardi mengalami kecederaan paha dan beliau terlepas perlawanan liga berikutnya menentang Carpi.[44] Beliau kembali semula pada 13 September ketika menentang musuh setempat, Milan, Inter menang 1-0. Seminggu kemudian, beliau menjaringkan gol keitka menentang Chievo Verona dan membantu Inter meraih kemenangan keempat berturut-turut.[45][46] Pada 27 September, Icardi sekali lagi dalam senarai penjaring namun kali ini tewwas 1-4 kepada Fiorentina menamatkan rekod tanpa kalah Inter untuk musim 2015-16.[47]

Sebulan kemudian iaitu pada 28 Oktober, berikut kemenangan 1-0 ke atas Bologna di tempat lawan dan Icardi hanya menjaringkan gol tunggal perlawanan,[48] Icardi merungut kekurangan servisnya untuk pasukan itu. Icardi memberitahu media bahawa "Dalam sepuluh perlawanan saya menerima empat peluang untuk menjaringkan gol dan saya ambil tiga daripadanya. Saya rasa ia purata yang bagus."[49] Selepas itu, beliau hanya duduk di bangku simpnan pada perlawanan berikutnya menentang Roma, dan Inter menang 1–0.[50] Selepas perlawanan itu, pengurus Roberto Mancini berkata meletakkan Icardi di bangku simpanan merupakan "keputusan taktikal" dan tambahnya lagi, Icardi perlu meningkatkan permainananya.[51][52] Beliau kembali ke sebelasan utama pada perlawanan liga berikutnya menentang Torino dan Inte menang 1-0.[53]

Pada 22 November, Icardi bermain pada perlawanan Serie Anya ke-100 dan beliau menjaringkan gol menentang Frosinone, Inter menang 4-0 dan keputusan itu memaparkan pasukannya meraih kemenangan terbesar pada musim ini.[54] Pada perlawanan terakhir Inter untuk tahun 2015, gol Icardi tidak cukup untuk menghalang Lazio menang 2-1 di San Siro,.[55] Pada penghujung tahun, Icardi berada di kedudukan ke-82 pemain bola sepak terbaik dunia oleh akhbar Inggeris, The Guardian.[56]

Pada 6 January 2016, Icardi menyudahkan hantaran Ivan Perišić untuk membantu Inter menang 1-0 ke atas Empoli di tempat lawan dan meletakkan Inter di tangga teratas Serie A.[57] Sebulan kemudian iaitu pada 3 Februari, Icardi menjaringkan gol ke-50nya untuk Inter dalam semua kejohanan pda perlawanan menentang Chievo dan Inter mendapatkan kemenangan pertamanya selepas empat perlawanan berturut-turut.[58][59] Pada Februari 2016, sesetengah akhbar melaporkan Inter telah menolak bidaan 30 juta euro oleh kelab Manchester United untuk mendapatkan Icardi.[60][61][62] Pada 9 April, beliau menjaringkan gol ke-50nya di Serie A ketika menang 1-0 menentang Frosinone di tempat lawan.[63]

Rujukan

WikiPedia: Mauro_Icardi http://366football.com/22173-2/ http://www.airfutbol.com/index.php?option=com_cont... http://www.bbc.com/sport/0/football/26213440 http://www.bbc.com/sport/0/football/30687617 http://www.bbc.com/sport/0/football/34351178 http://edant.clarin.com/diario/2008/02/15/um/m-016... http://espnfc.com/news/story/_/id/1347230/striker-... http://espnfc.com/news/story/_/id/1424978/inter-mi... http://espnfc.com/us/en/report/351874/report.html?... http://www.espnfc.com/club/internazionale/110/blog...